Mari kita fahami bait-bait puisi nukilan Hartini Omar yang memperihalkan siapakah Melayu dengan menggunakan gadis sebagai subjeknya.
Naskah jiwa ini begitu indah dan halus – bersesuaian dengan budi Melayu.
Saya menyalin semula puisi ini juga kerana ia mempunyai kaitan dengan tajuk Etnik – satu bab dalam kursus Pengajian Malaysia. Dengan gaya kreatif dan berseni, Hartini sekali lagi berjaya mengungkapkan satu lagi sisi penting dalam kehidupan manusia.
Pendekatan begini dapat menyentuh sisi penting insan iaitu emosi selain mengisi logika intelek.
Melayu…Gadis, mana melayumu?
Adakah pada lunaknya suara,
Yang sayup ke gegendang telinga
Atau pada moleknya wajah,
Yang tersenyum pada jejakaGadis, bila melayumu?
Adakah bila orang bertandang,
Lalu tersipu kau duduk bersimpuhan
Atau kala bulan mengambang,
Lalu berdendang kau rayu bulanGadis, apa melayumu?
Adakah pada barisan nama
Yang hulu ke hilir kau bawa
Atau pada hitamnya warna
Rambut kau sanggul bagai mahkotaGadis, bagaimana melayumu?
Adakah dengan berbatik kebaya
Lalu menyantun bila dipuja
Adakah hanya mengaji membaca
Lalu melayu dirimu dikataMelayu bukan hanya pada wajah
Yang ayu berkebaya, yang molek berbatik jawaMelayu bukan hanya pada suara
Yang lunak berpantun, yang leka bergurindam seloka,Melayu bukan hanya pada laku
Yang diam tersipu, yang layu menunduk bisuMelayu itu jatidiri
Setulus seikhlas hati
Melayu itu seluas pandang
Biar tiada berhias barang
Biar tiada beremas jelang
Biar tiada bersimpuh silang…Hartini Omar (31/10/2008)
No comments:
Post a Comment